KISAH BERKAT DI
SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali
hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa
kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya,
dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan
duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang
selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut
dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil
isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau
dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit
itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan
duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan
beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan
mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan
mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.
TUJUH MACAM
PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.
1.
Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2.
Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum
daripadanya.
3.
Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang
membacanya.
4.
Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.
Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari
manusia atau burung.
6.
Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang
yang mempelajarinya.
7.
Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan
kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8.
yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya
akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa
mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila
telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar